Tanya sama hati pernahkah merindu..
ingat masa lena apa mimpu
masa berjauhnya apa nan dikenang
bila dikenangkan itulah sayang....................Aduh menusuk kalbu alunan suara lunak buluh perindu Tan Sri P Ramlee. Walau pun lagu demikian dinyanyikan pada tahun 1956 namun ia masih lagi menusuk kalbu sesiapa yang mendengarnya....itulah penangan lagu lama oleh orang lama. Semakin lama semakin berharga.
Sarat merindu dihati kerana sudah lama tidak membua catatan di blog ini dan pasti ramai kawan-kawan yang menantikan celoteh saya. Sepanjang bulan November, tugas luar daerah memenuhi jadual. Dalama pada itu sempat juga menangkap beberapa keping gambar untuk dimuatkan dalam laman ini. Malangnya, kamera pula buat masalah.... gambar yang ditangkap tak boleh dibuka dalam komputer. Aduh sakit hati juga dibuatnya kerana dalam apa juga catatan, kalau ada gambar yang memancing mata, para pembaca suka melihatnya. Macam juga ruang tamu yanb diisi dengan pelbagai perabot. Kalau kosong, hati pun jadi kosong juga.
Sebenarnya banyak yang nak diperkatakan tetapi masih lagi menyimpan hasrat itu selepas kamera diperbaiki. Kebetulan hari ni dapat surat pertukaran tempat bertugas. Nasib lah bagi tak tukar daerah cuma tukar tingkat saja dari tingkat 6 ke tingkat 8. Syukur Alhamdulillah. Apa yang penting kita kena melaksanakan tanggung jawab yang diberikan sebaik mungkin dengan penuh amanah dan dedikasi.
Kata orang, benih yang baik kalau jatuh ke laut menjadi pulau, kalau jatuh ke tanah menjadi gunung. Harap-harap kita macam benih yang baik itu juga. Tumbuh menjadi pokok yangb rendang menjadi tempat orang ramai berteduh dan berlindung. Amin.
Walau pun raya da masuk hari ke 19, suasananya masih terasa gak terutamanya pada ujung minggu kerana ramai dah balik kerja. masa ujung minggu diabiskan melawat rumah sanak saudara dan rakan taulan yang belum sempat diziarah. Bagi yang tinggal jauh di kampung halaman dan rumah sendiri macam saya ni, pegi penugi jemputan rakan-rakan lah jawabnya.
Dah tak sabar nak balik kampung. Flight pun dah tempah 3 minggu awal. Nasib baik masih ada kosong waktu tempah dulu. Lagu nyayian Sudirman 'Balik Kampung' dah mula berkumandang di corong radio dan supermarket. Aduh tak sabar rasa hati.
Dalam kegairahan nak balik raya, nak bersihkan rumah dan susun atur perabot, sempat juga kaki melangkah ke gedung beli belah. Akhirnya terbeli juga satu set pinggan bunga rose ala Vantage. Terfikir di hati betul kah aku dan berminat dengan pinggan ala corak English? Nampak gaya dah terpengaruh dengan Mrs Nor Hobi. Dah jadi minat atau terpengaruh! Entah lah. Tapi sebelum ni pun ada juga teh set saya dah beli sewaktu melancong ke Johor 3 tahun lepas.
Set pinggan ni dibeli pun kerana harganya murah dan berbaloi. RM129.00 je satu set. Da lah pada tu sempat juga mata menjeling ke himpunan kristal. Sakit mata melihatnya tapi tak jadi beli kerana dan ada mangkuk kristal bertutup di beli kat Langkawi dulu dan masih boleh digunakan untuk hidangan kueh raya nanti. Bukan apa kalau terlalu banyak yang digunakan, takut juga pecah kan tau -tau lah bila raya sanak saudara ramai yang berkunjung di rumah. Kalau bukan anak yang terpecahkan, pasti ibunya yang jeles (cemburu ). Gurau je.....
Dalam dia tak diam, 4 bulan lepas berkenalan dengan seorang rakan sewaktu menunggu flight ke Kuala Lumpur. Rupa-rupanya dulu kawan tu pernah kerja tukang masak buat kek. Apa lagi seumur hidup tak pernah buat kek sendiri akhirnya saya dah boleh buat American Cheeze cake. Tu yang hebatnya penangan resepi baru. Raya tahun ni nak kejutkan orang rumah dan anak-anak dengan cheeze cake.Semalam masa pegi supermarket, terbeli pula tempat menyimpan lauk bertutup. Angkut 2 biji. Bukan apa, balik raya nanti nak bagi 'raya gift' kat ibu mertua. Coraknya pun bunga rose warna merah dan biru. Kebetulan ibu mertua minat sangat warna merah ( tak sempat nak ambik gambar). Yang hebatnya tiap kali belikan kain buat baju kurung, warna merah juga yang saya pilihkan . Sampaikan rantai dan gelang kristal pun warna merah juga. Hebatkan!
Yang ni pula bekas menyimpan garam dan gula. Simpan Kopi or teh pun boleh. Nak guna simpan gula-gula time raya pun boleh. Dibeli pun bukan kerana apa tapi harganya murah cuma RM7.90 satu. Suka juga kerana bunga rose nya memancing mata. He he he.... penangan Mrs Nor.
Sebenarnya ada lagi koleksi pinggan mangkuk tapi yang dalam gambar ni adalah himpunan sendiri. Semua koleksinya digunakan bukannya jadi pajangan atau pameran saja. Rugi rasanya beli mahal kalau setakat jadi tontonan.
Cerita pasal tontonan, teringat cerita kawan yang memiliki kedai menjual vantage. Kawan ni pernah berkunjung ke rumah pelanggan setianya. Rumahnya cantik dengan hiasan ala-English. Sarat dengan pinggan mangkuk ala English. Tapi yang lucunya, tuan rumah menghidangkan minuman kepada tetamunya menggunakan gelas plastik. Sendiri mau ingat ha ha ha.
Selamat Hari Raya
kepada saudara serta saudari
setahun hanya sekali
merayakan hari yang mulia ini.......
Saban tahun dendangan lagu-lagu hari raya bikin hati jadi rawan. Bagi yang bertugas dan tidak dapat beraya dengan keluarga, pasti hati sayu bila mendengarkan takbir di pagi raya. Dalam sibuk membuat persiapan bagi menyambut hari kemenangan bagi umat Islam ini, pastinya kita dah sibuk menggantikan langsir baru, permaidani baru dan pinggan mangkuk baru. Kata orang semuanya baru.
Dalam kemeriahan, kita hendaklah menyambut hari mulia ini dengan kesederhanaan. Bagi yang tidak mampu berbelanja lebih saya percaya kita bijak menyuai padankan ada yang kita ada agar rumah kita nampak bersih, berseri dan indah di hari lebaran. Walau pun tahun ini kain langsir tak berganti, permaidani masih lagi yang lama, saya lebih memberi tumpuan membersihkannya serta mengubah susun atur perabot. Jangan lupa 70 peratus perabot dan barang-barang yang saya ada semuanya antik. Kalau diganti yang b

Lebaran tahun ini saya hanya membeli bunga baru untuk meja utama di ruang tamu. Itu pun kerana saya dah jatuh cinta dengan bunga lavender ungu. Nak cari levender ungu kat Sabah bukan main susah tak macam di Semenanjung. Kalau ada pun harganya aduh mak boleh tahan juga. Habis juga seratus ringgit beli bunga kerana nak suaipadankan dengan timba kayu antik dari Cina.
Dalam bab menghias karangan bunga, jujurnya saya lebih suka tidak terlalu menyusun atur gubahan bunga seperti di kedai-kedai bunga. Malah saya lebih suka gubahan Inggeris kerana bunga nampak liar dan semulajadi biarpun bunga tiruan. Bunga juga amat penting dalam menyerikan ruang. Bagi saya tanpa bunga
Bagi kawan-kawan yang mempunyai koleksi pinggan yang mahal, ini lah masanya untuk kita menggunakannya. Kalau hari biasa terpajang atau terpamer dalam almari, sempena lebaran mari kita gunakan untuk keluarga dan para tetamu. jadi tak rugi membelinya.
Malah kita akan merasa bangga bila ada orang yang memuji kecantikan pinggan yang kita ada.
Dalam menghias rumah, kita jangan alpa sehingga rumah kita jadi bilik pameran atau terlalu sarat dengan perabot dan barang-barang. Kita juga perlu ingat di hari lebaran ramai tetamu yang datang dan berkunjung, jadi kita pastikan agar ada ruang untuk tetamu yang datang beramai-ramai. Elakkan susun barang-barang berharga seperti mangkok atau lampu kristal di kawan yang mudah di sentuh. Jangan sampai kita berputih mata.
Keindahan flora dan fauna bumi kita yang dianugerahkan tuhan bukan sahaja dapat ditatap malah sumber kayu-kayannya menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Dengan sistem perhutanan yang terkawal, keindahan flora dan fauna yang kita miliki masih bisa ditatap dan dinikmati aromanya. Iklim khatulistiwa yang panas dan hujan sepanjan tahun mengkurniakan bumi kita pelbagai jenis atau spesis kayu yang tinggi nilainya. Siapa tidak kenal kehebatan dan ketahanan kayu cengal di Semenanjung. Ketahanan cengal membuatkan binaan dahulu kala dapat kita kecapi pada hari ini. Malah kayu jenis lain seperti merbau, kapur, seraya,balau, jati, kayu malam ( di Sabah dan Sarawak ) dan pelbagai jenis lagi dijadikan asas kepada pembuatan rumah dan perabot berkualiti tinggi.
Lahir di kawasan yang berbukit yang dikelilingi gunung-ganang, membuatkan naluri saya sukakan apa-apa sahaja yang diperbuat daripada kayu. Urat kayu membuat saya terpaku. Memandangnya memukau mata dan tumpuan. Malah warna asas kayu yang pelbagai juga amat menarik minat. Memang minat dengan kayu -kayan bumi tercinta ini.
Berangan tentang kehebatan kayu, satu hari nanti keindahan itu akan saya dapat nikmati juga. Saya secara peribadi suka dengan rumah kampung yang diperbuat dari kayu. Terasa sejuk dan sedap mata memandang. Sebab itulah sewaktu saya memiliki rumah batu, saya bertekad sebahagiannya akan saya pasang kayu bagi menyejukkan ruang dan memenuhi minat saya itu. Hasilnya, saya memiliki pelbagai jenis kayu yang dibuat perabot walaupun rumah saya sekangkang kera besarnya.
Jendela asal kayu balau
duduk bersandar dibangku jati,
meja kayu malam tetap memukau
kayu merbau di tangga jadi kekisi
Gerobok tv kayu durian
almari rendah rosewood dari pakistan,
meja teh mahogani jadi pilihan
betapa indahnya hasilan hutan
kayu bawang2 jadi intipan
sukar dicari jadi igauan,
rel keretapi lama kayu belian
lemari kayu gerongang jadi warisan
Pintu antik, dinding jati
tetap asli bukan tiruan,
seraya, kapur dan meranti
cengal dibawa dari perantauan
Begitulah bunyinya bait-bait gurindam lama yang dapat ditintakan betapa saya sangat sukakan perabot dan rumah daripada kayu. Memiliki perabot kayu sama ada antik atau pun baru cukup menjadi kepuasan kepada saya.
Dalam hal ini, ramai kawan-kawan yang saya lihat menghimpunkan perabot jati satu rumah dengan warna jati yang sama. Mereka cukup bangga malah kita pun tumpang bangga kerana kawan ita memilikinya. Cuma dalam pemilihan perabot, andaikata kita mempunyai 90% perabot dan rumah dari kayu, kita perlu bijak menyusun atur dan mewarnakannya. Kalau tidak rumah kita akan kelihatan tak berjiwa dan kaku. Apa pun yang kita miliki kita juga perlu tahu fungsi dan letak aturnya barulah rumah kita nampa berseri apa tah lagi kita bakal menyambut lebaran.
Sama ada kita suka perabot berukir atau potongan lurus, kreativiti amat penting. Bagaimanapun dalam segala hal kita tidak boleh berlebihan. Bersederhana sepertimana dalam tuntutan agama itulah yang lebih afdal dan baik. Apa pun saya seronok dibuai mimpi dengan katik kayu, menatap cermin dengan bingkai kayu malah menyimpan baju dalam almari ukir kayu.
Saya bukan anti barangan luar negeri terutama dari barat tetapi sekurang-kurangnya
Seronok juga tengok rumah kawan-kawan yang mempunyai koleksi Inggeris yang sarat satu rumah, namun dengan bangganya mereka mengatakan sangat minat gaya kedesaan Inggeris tanpa menilai sesuaikan dengan budaya kita. Dalam majalah deko tempatan banyak yang mempamerkan gaya seumpama ini. Tapi tanpa kita sedari rumah kita lebih sarat dengan barangan pameran ala Inggeris berbanding rumah orang Inggeris sendiri. Kalau tak percaya cuba lihat rumah orang kita di majalah deko tempatan dan
Saya sebenarnya pun minat dengan stail ala Inggeris atau barat. Saya suka melihat deko mereka kerana hampir semua mereka bangga dengan warisan nenek moyang mereka. Perabot dan alatan hiasan lama menjadi rebutan untuk diisi di ruang tamu mereka tetapi tidak pula macam sesetengah orang kita yang makan nasi guna tangan tapi pinggan mangkok dan hiasannya mengalahkan mat salleh.
Kita seronok pamerkan barangan ala gaya kedesaan Inggeris sehinggakan kita lupa yang kita ter'over' dalam menyusun aturnya. Walau bagai manapun ada juga orang kita yang air tangannya menjadi dalam menghias rumah ala kedesaan Inggeris. Syabas! Seronok melihat hasil sentuhan kreatif orang
Jadi kalau kita masih simpan
Saya pun macam kawan-kawan ada barang antik yang kita hajati tetapi masih belum jumpa atau mampu dibeli. Kadang-kadang bukan kerana harganya mahal, tetapi di tempat saya benda tu tak dijual. Sebenarnya saya agak menyesal tidak membeli
Ada juga kukur antik yang saya jumpa di Terengganu, tapi saya tak berkenan pula. Sebenarnya saya jatuh cinta dengan kukur antik ni selepas melawat istana lama Kelantan yang dijadikan muzium. Masa tu tak puas nak melawat, sebab singgah 1 malam sahaja. Apa pun beruntung juga kerana kawan bawa makan nasi kerabu dan nasi ayam kampung. Terangkat abis. Masa tu tak kenal lagi Kak Nor Hobi, kalau tak dapat shoping batik kat kedai Kak Nor Hobi.
Cerita pasal barang antik ni, ramai yang mengatakan barang antik ni berpuaka atau ada penunggunya. Barang kali ada benarnya dan atau tidak. Saya pernah membeli sebuah perahu kecil lama di Kuching, Sarawak 7 tahun lepas. Bila sampai dirumah, macam-macam saya
Bagi penggemar barang antik, kita jangan jadi seumpama pantun kiasan di atas kerana tidak guna kalau kita berhabis duit dan kumpul sekapal barang antik kalau kita tidak tahu menilai keindahan dan nilainya. Bila dah banyak berlonggok, baru lah kita sibuk nak bersihkan atau nak jual kepada orang lain. Sebab itu lah pada pandangan saya, kalau kita bertujuan untul membuka kedai antik di masa akan datang bolehlah kita membeli dan terus membeli, melonggok dan terus melonggok barang antik kita.
Ramai juga blog kawan-kawan yang saya dah tengok. Aduh barang antiknya banyak sekali tapi saya dia tidak tahu bagai mana untuk memajang atau mempamerkan keindahan dan sejarah barang antik yang dimiliki. Sebab itu lah di awal pengkisahan saya dalam blog ini awal-awal lagi saya dah jelaskan pandangan saya. Kita harus bijak susun atur ruang dengan suai padan barang antik yang kita miliki. Kalau kurang arif, boleh minta bantuan kawan-kawan yang lebih mahir tentangnya. Kalau segan, beli buku dan majalah hiasan dalaman dan jadikan sebagai rujukan.
Saya percaya wang yang kita laburkan tidak sia-sia kerana kita mengecapi dan menikmati keindahan barang antik bukannya simpan penuh satu almari bertutup atau dalam stor yang dibiarkan bertahun-tahun.
Barang antik juga perlu dibelai barulah ia berjiwa. Maksud saya kita perlu menjaganya sebaik mungkin dan tahu di ruang atau sudut mana nak diletakkan. kadang-kadang saya sendiri bila datang masa malas, ada juga barang antik yang terlonggok. Itu lah masalahnya.

Hari ini, kita kurang menggunakan tempayan sebaiknya temayan atau gentung dijadikan perhiasan atau ornamen untuk menghias sudut rumah. Sama ada dibiarkan kosong atau diisi dengan karangan bunga atau payung.
Pada waktu dulu tempayan atau gentung besar yang berukir naga dijadikan tempat tokeh menyimpan telur asin. Boleh dikatakan harganya cukup murah. Kini tempayan sedemikian aduh mahal jga harganya kerana selain susah dicari, ia tidak lagi dijadikan tempat meyimpan barang.
Saya juga memiliki beberapa buah tempayan atau gentung antik. Ada yang besar, ada yang kecil. Memiliki tempayan antik buka mudah kerana hari ini orang dah tak jual lagi benda-benda lama sebegitu. Saya beruntung kerana sebahagian tempayan tempat menyimpan air diberi percuma oleh kawan-kawan yang tahu minat saya atau yang kesian dengan pujukan saya.
Kalau kita memiliki tempayan besar, kita bole meletakkannya disudut ruang yang kosong sama ada dibiarkan kosong atau ditambah dengan hiasan lain. Jangan pula kita longgokkan temayan-tempayan kita satu tempat kerana selain boleh nyamuk bersembuyi, ia juga tak elok dipandang. Malah hari ini di bandar, tempayan besar dijadikan ornamen penghias taman atau sebagai titik tumpu dalam mengindahkan lagi kepelbagai struktur taman selain pergola dan batu-batuan.
Bagi tempayan kecil yang comel, sesuai dijadikan tempat menggubah bunga sama ada bunga hidup atau bunga plastik. Semuanya terpulang kepada kita kerana sama ada seseorang itu menggemari hiasan ala zen yang kurang perabot atau gaya nusantara kerana ornamen ini mampu mengindahkan lagi sesebuah ruang.
Kalau dulu biasanya tempayan atau gentung diperbuat sama ada diperbuat dari tanah liat atau seramik, berbeza pada hari ini tempayan dibuat dari akar kayu sama ada kayu lama atau kayu yang baru ditebang. Tempayan sebegini lebih bertujuan sebagai ornamen penghias ruang.
Untungnya pada hari ini kalau kita susah dapat tempayan antik, tempayan baru dan moden yang mempunyai rekabentuk dan corak yang lebih menarik amat banyak di pasaran. Rajin-rajinkan diri dihujung minggu menjenguk kedai atau tempat yang sesuai untuk melihat dan membuat pilihan. Saya pasti ramai yang meminati tempayan atau gentung sebagai salah satu ornamen penyeri ruang.
Dalam susun atur perabot antik kalau semua perabot antik dilonggokkan satu tempat, itu bukan lagi dipanggil sedondon. Ramai juga rakan-rakan yang memuji susun atur perabot di rumah saya. kata mereka dari mana saya belajar? Saya jawab, ikut naluri dan banyakkan pembacaan majalah hiasan dalaman. Dalam menghias pun kita juga kena bayangkan hiasan kita melebihi dari hiasan orang lain. Maksud saya biar imigenasi kita tidak dibatasi oleh pengaruh orang lain secara total. Kita bebas menyusun ruang yang kita suka asal nampak cantik dan praktikal. Sebab kalau cantik pun tapi tak praktikal pun tak guna. Begitu juga kalau kita terlalu pentingkan fungsi sesuatu barang sahaja, idea menghias akan menjadi terhad macam ruang juga. Jadi dalam menyu
Kalau kita minat sangat dengan sofa atau bangku 3 tempat duduk antik, kita tidak perlu menyusun sofa kita dengan menggunakan material yang sama. Maksud saya kalau kita punya set sofa kayu elok ditambah sofa baldu atau sofa kulit sebagai perabot tambahan dalam ruang tamu. Tujuannya supaya ruang kita nampak hidup dan terkesan. Kalau semua kayu akan nampak rumah kita jadi layu dan kaku. Jadi penggunaan pabrik adalah amat penting bagi melembutkan warna kayu.
Sebenarnya ramai rakan yang pening kepala kerana tidak atau kurang bijak menggunakan konsep suai padan dalam menghias ruang. Mereka tidak berani mencuba. Ada pula yang takut diketawakan atau diperli oleh jiran atau sanak saudara yang bertandang.
Bagi ruang tamu yang sempit terutama yang tinggal di flat atau apartmen, konsep suai padan adalah pilihan yang paling tepat. Sofa fabrik 3 tempat duduk dijadikan perabot utama, 2 buah kerusi betawi antik

Bagi yang mempunyai ruang tamu yang luas atau lebih dari satu, bukan juga menjadi perkara muda untuk menghiasnya. Silap-silap rumah nampak bercelaru dengan pelbagai konsep. Oleh itu kalau kita tidak tahu atau kurang mahir menyusun atur perabot, kita boleh mendapat bantuan dari kawan-kawan yang tahu. kalau kita cukup peruntukan kewangan, upah saja juru hiasan dalaman kerana tidak guna kita mempunyai rumah besar tapi dalamnya macam 'tikus beranak' susun aturnya. Selamat mencuba.
Dalam rumah pun, kalau tidak mempunyai bunga hidup sebagai hiasan, ramai yang mengubah bunga dalam pasu sebagai titik tumpu di sudut rumah atau di atas meja kopi. Begitu lah jugha halnya dengan lukisan. Rumah tanpa lukisan bagai kuah kari yang terlupa dibubuh serbuk perasa. dindingan rumah jangan dibiarkan kosong. Gantungkan sat
Di dinding rumah, saya suka meletakkan lukisan bunga sebagai titik tumpu. Kebetulan saya boleh melukis, maka saya meletakkan beberapa lukisan bunga orkid di dinding ruang tamu. Istimewanya oleh kerana lukisan itu dilukis sendiri maka nilai lebih bermakna bagi saya kerana ia dibuat hanya satu dan saya sendiri yang menghasilkannya. Lukisan 'water color' ini ramai yang meminatinya dan bertanyakan di mana saya membelinya.
Saya juga meminati lukisan bunga rose. Ada lukisan yang saya beli dan ada yang kawan bagi dari London. Lukisan dari London ini dibuat pada tahun 1960an mengunakan teknik calitan. Menurut rakan yang memberikannya, lukisan ini berkualiti tinggi dan sentuhan pelukisnya cukup halus. Lukisan rose lain datangnya dari Iran dan negeri Cina. Sukar untuk mendapat lukisan bunga hasil pelukis tempatan kalau ada pun harganya tak tercapai dek tangan.
Bagi yang kurang mengemari lukisan sebagai titik tumpu didinding, anda boleh meletakkan sesuatu sperti fram gambar atau objek yang boleh menjadi perhatian. jangan biarkan dinding kosong sahaja kerana ia juga dapat melambangkan keperibadian anda. Tepuk dada, tanya selera.
Seminggu lepas itu, kawan saya sms yang bertanyakan di mana ada jual pasu Cina atau Guci Antik Cina yang dilihatnya terpajang tempohari. Saya pun menjawab smsnya,'' takkan bini engkau pun dah gila antik! Kan hari tu engkau kata kumpul barang antik ni kerja gila".
Rupa-rupanya isteri kawan saya mula jatuh cinta dengan barang-barang dan perabot antik sejak melihatnya di rumah. Malah katanya isterinya dah lama melihat barang antik dalam majalah hiasan dalaman keluaran tempatan tetapi tidak menyangka begitu banyak barang antik yang berada di rumah saya.
Saya pun meminta kawan saya jangan melayan sangat kehendak isterinya kerana barang dan perabot antik sekarang terlalu mahal dan sukar untuk dicari. Kalau pun isterinya berminat, beli ala kadar dan yang termampu. Saya juga menasihatkannya, menjaga barang antik perlu dari jiwa barulah menyerlah nilainya. Jadi kalau membeli hanya ikut-ikut, setakat satu atau dua barang boleh lah dibeli. Lagi pun kalau dah ada barang yang dibeli kita akan terus membelinya kerana barang antiknya kuat pengaruhnya.
Orang rumah pun dah bising dengan saya kerana katanya rumahnya dah sesak. Sebab itu lah sejak 4 tahun lepas saya tidak lagi membeli perabot antik kecuali barang perhiasan atau ornamen. Itu pun kalau yang benar-benar menarik perhatian dan pelik rekabentuknya.
Apa pun saya bersyukur kerana sebahagian besar barang saya beli sebelum saya membeli rumah dan membesarkan rumah.
Kalau terserempak atau terjumpa perabot antik yang dipajang, rasanya macam makan malam kat hotel 5 bintang. Seronok sangat walau pun setakat memandang. Ya lah kerana semua orang tahun barang antik termasuk perabot antik asli harganya boleh tahan mahal. Kata orang,älah membeli, menang memakai". Tapi kalau dah mahal tu telan air liur jak le dibuatnya.
Nak kata beruntung, saya memang beruntung kerana saya membeli perabot antik ketika orang di sini kurang faham dan mengerti nilai antik sesuatu barang. 7-10 tahun lepas tidak ramai yang kisah tentang perabot antik sepertimana pada hari ini. Ramai orang ketika itu membeli banyak perabot jati ketika kemelesetan ekonomi dunia yang menjatuhkan nilai rupiah yang akhirnya telah memurahkan nilai dan harga perabot jati. Perabot jati selepas itu tidak lagi menjadi bualan orang kaya sebaliknya sesiapa sahaja boleh mendapatinya apa tah lagi semasa jualan murah atau penghabisan stok. Ramai pula yang tergembira kerana menganggap perabot mereka yang kebanyakannya sarat berukir itu antik.
Pada waktu itu, satu dua perabot antik yang dijual biasanya dibeli oleh juruhias dalaman mahupun pelancong luar negeri yang melancong di sini. Masa tu lah, harga perabot antik cukup murah dan kalau kebetulan saya ada sedikit wang, saya terus membelinya.

Cuba lihat pengadang antik kayu jati yang ditambah cermin di depannya. Selepas saya membelinya dengan harga murah, ada pelancong ingin membelinya dengan harga yang mahal pula, iaitu harga asal sebelum potongan. Pengadang antik ini dan 8 tahun saya miliki.Menurut penjualnya ia berusia lebih kurang 100 tahun pada ketika saya membelinya. Bukan satu dua orang yang berkenan, malah ramai kawan-kawan dan keluarga yang menawarkan untuk membelinya. Tapi saya hanya tersenyum saja sebagai jawapan tawaran mereka. Malah ada kawan yang sanggup menyewa pengadang tersebut untuk dekorasi sebuah acara rasmi.
Saya juga memilik sofa antik kayu jati. Melalui keterangan mengenai sofa tersebut dalam sebuah majalah hiasan dalaman tempatan pada keluaran tahun 1997, sofa kayu itu didakwa berusia 100 tahun. Saya memperolehinya dari jualan pedagang Indonesia semasa ekspo perabot 2000 atau 2001 di Kota Kinabalu. Sofa kayu itu juga menjadi rebutan seorang pelancong Italy dan seorang pengila antik tempatan. Saya bernasib baik kerana sejam awal sampai ke ekspo berkenaan dan mendepositkan sedikit wang. Nasib baiklah jurujual yang dipanggil ibu ......dan lupa namanya, tidak menjualnya kepada orang lain yang sanggup meletakkan harga tinggi melebihi harga asal.
Memiliki perabot dan ornaman antik pun tidak guna kalau kita tidak menghargai nilai dan keantikannya. Macam mana kita nak menghargai nilai dan keantikannya. Tunggu di lain catatan.
Buai laju-laju, Sampai pokok sena;
Beli baju baru, dari kedai Cina.
Pantun yang sering nenek dendangkan sewaktu saya kecil dahulu. Waktu itu buaian atau ayunan spring dan kain jawa dibuat sebagai buaian untuk menidurkan anak kecil atau bayi.
Sejak dari dahulu lagi kita senonim dengan kedai tokeh yang empunya adalah orang Cina. Di kampung saya pada ketika itu hanya ada satu keluarga Cina yane membuka kedai runcit. Kedainya menjadi tumpuan apa tah lagi pada tahun 1960an perhubungan darat ke bandar Tawau atau dikenali sebagai Tanjung pada waktu itu belum ada. Jadi terpaksalah menggunakan perahu atau kapal kecil untuk sampai ke Pekan Tanjung yang memakan masa 4 jam untuk sampai.
Pada hari ini, saya mempunyai sedikit koleksi antik Cina. Koleksi ini lebih kepada seramik, pasu tanah liat dan hasilan bambu. Berbanding dengan masyarakat barat, seramik berkembang bersama tamadun Cina sejak beribu tahun lagi. Maharaja Cina cukup mengkagumi seramik . Malah seramik dan pasu menjadi kegunaan penting pada ketika itu dan sehinggalah hari ini. Ramai ahli sejarah menulis bahawa tamadun seramik atau tembikar datangnya dari Cina dan di bawa ke barat melalui jalan sutera melewati tanah Arab barulah sampai di Eropah.
Pinggan antik Cina bertulisan ayat Al-Quran adalah koleksi terbaharu saya. Sebenarnya sudah lama saya berkenan pinggan berayat ini tetapi tidak terbeli kerana harga pasarannya di kedai antik menjangkau RM3000. 5 tahun lepas sewaktu melancong di Kuncing, Sarawak saya dah berkenan. Pinggan berukur 20 inci ini berusia lebih kurang 80 hingga 100 tahun. Saya memperolehinya dengan harga yang cukup murah dari seorang penjual antik. Pinggan biru-putih ini bakal dipajangkan di dinding rumah sedikit masa lagi.
Sebahagian besar koleksi seramik saya berwarna biru-putih kerana warna berkenaan menyejukkan mata dan ruang apa tah lagi sebahagian besar perabot saya dihasilkan dari kayu. Warna kayu diimbangi dengan gabungan warna biru-putih.
Mangkok berkaki ming ini sangat halus dan teliti buatannya. Sampaikan penjual antik keliru sama ada mangkok ini asli dibuat di zaman pemerintahan Ming atau pun dibuat semula puluhan tahun lepas. Mangkok ini ada ditangan saya kerana saya sukakan warna, bentuk dan ukiran naga yang ada dalam mangkok ini. Kalau asli harganya sampai puluhan ribu. Tak asli pun tak apa kerana harganya pasti terus meningkat
di pasaran.
Selain koleksi seramik seperti pasu,guci, mangkok, teko dan pinggan antik, saya juga memiliki koleksi bakul seperti bakul sia yang digunakan baba nyonya Melaka, bakul kecil simpan makanan dan bakul kueh pau yang sangat indah dan halus buatannya.Bakul pau besar berwarna merah ini hanya satu yang di bawa masuk oleh penjual antik. Saya sangat suka lukisan bunga bakul ini. buatannya bukan saja halus, malah cukup teliti dan cukup mengasyikkan bila kita merenung dan mengamati warna bakul ini. Warna merahnya bukan saja menaikkan seri ruang malah ia menjadi objek tumpuan. Bakul ini dipercayai digunakan orang dahulu untuk membawa kueh pau sebagai bekalan atau dihadiahkan kepada keluarga sebelah pihak sama ada perempuan atau pihak lelaki. Buluh atau bambu adalah bahan utama membuat bakul ini.
Dulu-dulu kita menggunakan timba untuk menimba
air dalam perigi . Ada yang diperbuat daripada besi atau tembaga yang sering disebut sebagai kaleng. Ada juga diperbuat daripada kayu atau pun buluh yang penting timba berkenaan dapat menampung beban air. Timba kayu antik juga diperolehi dari Cina. Timba ini digunakan untuk mengangkat air dari sungai. Jarang-jarang ditemui timba sebegini rupa sebab itulah saya memilikinya. Selain susah nak dibawa masuk dari negeri Cina, bilangan nya juga sedikit kerana ia benar-benar antik.
Sebenarnya banyak lagi koleksi dari Cina yang ada dalam simpanan. Apa pun memiliki sebahagian koleksi antik Cina sudah memberikan kepuasan kepada saya kerana antik Cina pelengkap hiasan rumah. Amati pantun ini;
Anak Cina jual sotong,
sotong dijual bergantung-gantung
tidak rugi tidak untung
barang dapat poket kosong......... ha ha ha
esok jangan layu-layuan;
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan
Merdu sekali bait-bait pantun dan gurindam Melayu lama. Sampai sekarang iramanya mengasyikkan. Saya cukup kagum kemerduan suara Tan Sri S.M.Salim bila mendendangkan lagu Pantun Budi. Betapa hebatnya pengarang dahulu kala melayarkan mata pena mencatat suka duka pengalaman. Bak kata orang,'Tak kan Tuah hilang di dunia'.
Begitulah juga dengan koleksi antik yang menjadi rebutan orang. Ini adalah kunci tembaga antik yang digunakan oleh orang dahulu untuk mengunci gudang atau rumah. Kunci buatan Jerman ni masih kukuh dan boleh dipakai. Saya mendapatkan kunci ini dari Kedah. Umurnya lebih kurang 60 tahun. Warnanya yang kusam begitu cantik melambangkan kehebatan kunci ini. Tak rugi memilikinya. Koleksi ini baru diperolehi dan akan digunakan sebagai kunci pintu utama.
Masih cantik dan bersinar warna tembaganya. Mangkuk bertutup tembaga ini dibeli di Tamu Minggu Jalan Gaya. Saya tak tahu dari mana asal usulnya kerana penjualnya memperolehinya dari orang kampung yang menjual koleksi ini padanya. Usia mangkuk bertutup ini melebihi 100 tahun dan masih lagi boleh digunakan.
Ini pula cangkir perak berusia lebih 150 tahun dizahirkan semasa zaman Victoria di England. Masyarakat England menggunakannya untuk mengisi minuman panas sperti kopi dan teh. Kawan bagi percuma kerana katanya tak sesuai disimpan di rumahnya. Sekarang cangkir perak antik ni tak boleh digunakkan lagi jadi saya pajangkan saja kat almari antik Cina.
Begitulah juga bila kita berkunjung ke rumah kawan dan mendapati rumahnya sangat teratur dan kemas ditambah lagi dengan aksesorinya yang cantik dan menarik menghias ruang. Ada juga rumah teman yang dikunjungi terlalu sarat dengan barang-barang perhiasan kecil mahu pun besar dek kerana teman tadi suka membeli. Lain pula halnya ruang tamu yan dibiarkan kosong dan hanya diisi dengan perabot asas seperti set kerusi ruang tamu sahaja.
Jadi kita perlu bijak meletakkan perhiasan kecil supaya dapat mengumpan mata kita atau orang bila memandang perhiasan tersebut. Malah kita boleh menukar perhiasan tersebut selepas 3 bulan sekali sekiranya kita mempunyai banyak koleksi
Pemilihan perhiasan atau ornamen perlu betul dengan fungsinya. Perhiasan dalam rumah biar sesuai dengan perabot dan warna cat atau langsir yang ada. Di pasaran sekarang, pelbagai koleksi hiasan rumah boleh dipilih dan dibeli. Namun demikian seperti yang saya katakan awal tadi, biarlah ia sesedap nasik lemak panas!