Kenangan Antik

Orang bilang lain padang lain belalang, lain orang lain pula minat dan kehendaknya. mengimbau kenangan takala kegilaan memiliki barang antik khususnya perabot, tiap kali ramadan menjelma saya tersenyum sendiri. Apa tidaknya, ghairah nak menghias rumah dengan perabot antik yang ada. Diam tak diam, tahun silih berganti, maka rumah saya di penuhi perabot antik kayu. Bila dah banyak tu tau tau lah kadang-kadang pening juga nak menyusun aturnya. Masuk tahun 2012, saya berminat pula dengan perabot terpakai dari hotel. Orang kata kalau bijak memilih kita akan dapat barang baik dengan haga yang murah dan berpatutan. akhirnya dalam menahan keinginan untuk membeli perabot, saya terbeli juga dua set sopa kayu berkusyen. setiap set ada dua buah kerusi. Satu set yang potongan ringkas saya simpan kat pejabat saya manakala yang agak besar saya hantar kat rumah untuk digunakan. Tulah orang kata kalau dah suka gatal tanngan tuk membelinya. Set sopa yang saya beli menjadi kegilaan rakan-rakan yang melihatnya dan ada yang sanggup beli dari saya wal hal berlambak lagi kerusi yang sama di kedai yang menjual perabot terpakai. Alasan mereka, kerusi saya nampak elegen dan cantik sebab saya bijak membelinya wal hal mereka tak tau saya terpaksa beli berus dan vernis tuk vernis semula. n ampak gaya lebaran tahun ini akan bertambah lagi kerusi kat rumah saya yang dah sarat dengan pelbagai rekabentuk kerusi yang penting kena berasaskan kayu.

Muzium Antik


Terpegun kawan saya bila melihat keantikan rumah saya, apabila kali pertama dia melangkah masuk ke dalam rumah. lalu sepontan dia berkata, " ni mcm muzium antik ...". Saya hanya tersenyum melihat gelagatnya kerana dia bukan orang pertama yang berkata sedemikian.

Bagi kita antik ni dah sesonim dalam hidup kita tapi bagi mereka yang tidak pernah ambil tahu mengenai barang antik, bagi mereka ia sebagai sesuatu yang di luar jangka. Selama ini kawan saya beranggapan barang dan benda lama itu buruk dan beliau tidak terfikir langsung untuk memilikinya apa tah lagi untuk memikir tentang barang buruk.

akhirnya beliau bersetuju, longgokan barang antik dan buruk tetapi jika bijak menyususn atur dan tahu penggunaan warna ruang, ia akhirnya menonjolkan keindahan antik itu sendiri. Tanpa disuruh beliau sibuk mengambil gambar sudut-sudut menari barang antik yang ada di rumah saya. akhirnya beliau sendiri menjadi model dengan barang antik saya, terasuk lucuk juga melihat beliau berposing ngan barang-barang yang dikatakan buruk itu oleh kawan saya.

Azam Tahun Baru 2012


Salam buat semua.
Dsah agak lama tak kemas kini blog. Sibuk sampai tak terjenguk blog sendiri. Tup tup dah masuk tahun baru. Kebetulan pula saya baru bertukar semua ke Kota Kinabalu dari Sandakan selepas 8 bulan bertugas di sana. Alhamdulillah, semuanya sudah selamat.

Berkisah tentang antik, baru baru ni ada seorang rakan lama membawa sebuah pasu tembikar dari Cina. Dia mahu menjualnya dengan saya dengan harga ribuan ringgit. pasu yang mengandungi tulisan jawi tersebut sangat tua dalam 300 tahun. Berkenan memang berkenaan tapi saya mampu untuk memilikinya kerana pasu antik tersebut terlalu mahal harganya. Namun demikian sampai sekarang kawan saya belum lagi mengambil semua pasu berkenaan dan masih lagi dalam simpanan saya. Tak sempat pula nak ambil gambar pasu berkenaan.

Bercakap tentang azam tahun baharu ni, azam saya nak kurangkan berat badan 6kg. Susah betul nak kawal berat badan ideal. Selepas raya badan naik 5kg menyebabkan semua selar dah tak muat. Teringin kurus macam setahun yang lepas dengan berat badan ideal. Ni lah gambar yang menjadi badan idaman saya semula. Insyallah selepas 3 bulan diet harap2 dapat bentuk badan ni semula.

Kembali bercerita tentang antik, minat masih sama tetap menten dengan antik. Insyallah dalam edesi akan datang saya masukkan gambar2 barang dan perabot antik yang belum saya masukkan dalam blog ini tuk tatapan kita bersama.

Blogger Template by Blogcrowds