Azam Tahun Baru 2012


Salam buat semua.
Dsah agak lama tak kemas kini blog. Sibuk sampai tak terjenguk blog sendiri. Tup tup dah masuk tahun baru. Kebetulan pula saya baru bertukar semua ke Kota Kinabalu dari Sandakan selepas 8 bulan bertugas di sana. Alhamdulillah, semuanya sudah selamat.

Berkisah tentang antik, baru baru ni ada seorang rakan lama membawa sebuah pasu tembikar dari Cina. Dia mahu menjualnya dengan saya dengan harga ribuan ringgit. pasu yang mengandungi tulisan jawi tersebut sangat tua dalam 300 tahun. Berkenan memang berkenaan tapi saya mampu untuk memilikinya kerana pasu antik tersebut terlalu mahal harganya. Namun demikian sampai sekarang kawan saya belum lagi mengambil semua pasu berkenaan dan masih lagi dalam simpanan saya. Tak sempat pula nak ambil gambar pasu berkenaan.

Bercakap tentang azam tahun baharu ni, azam saya nak kurangkan berat badan 6kg. Susah betul nak kawal berat badan ideal. Selepas raya badan naik 5kg menyebabkan semua selar dah tak muat. Teringin kurus macam setahun yang lepas dengan berat badan ideal. Ni lah gambar yang menjadi badan idaman saya semula. Insyallah selepas 3 bulan diet harap2 dapat bentuk badan ni semula.

Kembali bercerita tentang antik, minat masih sama tetap menten dengan antik. Insyallah dalam edesi akan datang saya masukkan gambar2 barang dan perabot antik yang belum saya masukkan dalam blog ini tuk tatapan kita bersama.

Blogger Template by Blogcrowds