Ada orang yang suka dengan perhiasan kecil ketika menghiasan ruang. Sama ada di letak di atas meja atau sudutbagi mengumpan atau memancing mata yang memandang. Ada juga yang kurang gemar, kata mereka menyemakkan dan memeningkan mata dan kepala.

Bagi saya perhiasan kecil adalah pelengkap kepada gaya ruang yang kita kehendaki. Kalau cantik bergaya dengan baju kurung pun andai dibiarkan kosong sahaja tanpa manik atau labuci, pasti kurang menarik penampilan seseorang wanita. Sama juga dengan sudut atau ryuang rumah kita. Apa lagi ketika kita menyambut hari lebaran. Pasti kita mahu yang terbaik untuk rumah atau ruang tamu kita agar sanak saudara dan rakan taulan yang bertandang rasa puas dengan apa yang mereka lihat selain dapat menjamu selera.

Mencari atau memiliki pelbagai perhiasan kecil dari pelbagai negara khususnya perhiasan kecil antik adalah kegemaran saya sejak dulu lagi. Rasa puas bila kita memiliki pelbagai barangan tersebut kerana ia melambangkan identiti sesebuah negara di mana barangan atau perhiasan kecil itu dibuat.

Apa pun bagi saya, sebanyak mana pun yang kita ada kita harus bijak memajangkan atau mempamerkannya. Tak semua barang boleh dipamer begitu saja atau dilonggok tanpa melihat keindahannya yang memapu menyerlahkan ruang. Tak salah simpan separuh hiasan yang ada dan pamer separuh mengikut situasi dan keadaan tema ruang. Malah setiap 3 bulan kita boleh menukarkannya bagi mengelakkan kebosanan bila melihat benda yang sama sahaja.


Ubah Suai Susunan Perabot



Raya dah makin dekat ni. Masa makin suntuk tuk membersihkan rumah dan segala yang ada di dalamnya. tahun ini tiada perabot baru yang dibeli kerana ruang rumah dah penuh sesak. Pening juga kepala kerana dah 3 tahun susun 2 tahun susun atur perabot di ruang tamu tidak terusik. Agak bosan juga melihat benda yang sma saban tahun.

Cadang nak tukar letak duduk sofa besar ruang tamu tapi dalam keadaan ruang yang sederhana besar, sofa bersaiz XXL ni payah untuk dialih dan di gerakkan di tempat yang baru. Akhirnya saya mengambil keputusan hanya mengubah letak duduk beberapa buah almari yang ada diruang tamu. Percubaan ini berjaya mwengubah suasana ruang tamu. Sedikit sebanyak menonjolkan suasana baru ruang yang sama.

Ujung minggu lepas orang rumah sibuk membeli langsir baru pasang siap. Bila dah terpasang, baru tahu yang langsir tersebut kurang cantik di pandang kerana muara atau lebar kainnya berukuran kecil. Rasa macam menyesal orang rumah membeli langsir tersebut lalu dia bercadang untuk di pasang di jendela bahagian atas dekat tangga naik ke tingkat satu. Tersenyum juga tengok teaksi orang rumah bila langsir yang di belinya kurang padan dan tak berapa sesuai. Katanya nak cari lagi yang lebih cantik dan sesuai.

Raya tahun ni juhga malas nak beli karangan bunga baru. Jimat sikit sebab banyak karangan bunga yang boleh digubah semula dengan pasu yangs edia ada. Tukar pasu n tukar bunga. Cukup mudah. Lagipun tahun ni kena jimat sikit kerana harga barang dah banyak yang naik.

Persiapan raya pun hanya sederhana. Yang penting kehendak dan keperluan anak-anak diutamakan. Rasanya raya tahun ni saya pakai baju raya yang di beli tahun lepas berwarna biru kundang. Kebetulan tahun lepas saya memborong 3 helai sekali gus baju raya baru iaitu baju melayu berwarna merah, choklat emas dan biru. Apa lagis etelah kurus, semua baju yang dulu tak boleh di pakai. Sebab tu lah tahun ni tak mau beli baju baru kerana banyak baju yang tahun lepas ada yang jarang dipakai.


Apa yang penting biarlah lebaran tahun ini di sambut dengan meriah sekali dengan kita menyambut hari merdeka.

Guci Cina Biru Putih


Dalam banyak-banyak koleksi antik yang sayang amat minat ialah guci cina biru putih. Warna biru putih adalah lambang keagungan tembikar di zaman Dinasti Ming. Kelebihan orang zaman dulu membuta tembikar atau guci yang bermutu tinggi. Kemahiran ini sukar dicari ganti kerana pengeluaran barang tembikar sekarang ni banyak menggunakan teknologi mesin. Kehalusan , ketelitian dan keindahan serta mutu guci zaman kuno menyebabkan ia menjadi rebutan dan secara tak langusung harganya sampai berjuta ringgit untuk guci yang betul-betul halus buatan seninya.

Bagi saya dalam banyak banyak leuarang dan warna guci, saya amat meminati guci warna biru putih. Selain sejuk di padang ia juga dapat melembutkan suasana ruang dan membuatkan ruang menjadi lebih terserlah.

Guci dalam gambar ni saya dapat dari Filipina. Kata orang yang juga guci ni da berusia lebih seratus tahun. Buatannya halus dan masih nampak macam baru.





Da lama saya tak panmerkan perabot antik saya dari sudut dan pandang yang berbeza beza. Untuk cuci mata kengkawan le lah tengok beberapa keping foto yang sempat diambik baru-baru ni masa saya pulang kampung.

Sebenarnya perabot ni bukan baru beli, saja baru nak tayang dari sudut yang berbeza saja. Ya lah dah memang sukakan perabot antik. Lagi pun itu jak perabot yang ada kat rumah.

Time puasa ni perabot kayu perlu digilap dengan minyak kayu jati atau minyak kayu murni untuk menaikkan seri dan mengeluarkan urat kayu agar nampa keindahannya. Malah aroma kayu juga dapat di nikmati baunya macam membeli perabot baru dari kedai.

Salam Ramadhan........

Pejam celik pejam celik, Ramadhan dah menjelma kembali. Usia dah sdemakin meningkat. Kena tingkatkan amalan kita. Cerita pasal ramadhan ni, ini lah masanya untuk kita mengurangkan berat badan selain beribadah. Rasa-rasanya puasa tahun ni macam tak puasa sebab dah biasa berlapar sejak mengamalkan diet makanan seimbang sejak tahun lepas.

Cerita pasal Ramadhan ni, masa yang sibuk bagi kita kerana rumah dan segala isi perabotnya kena dibersihkan. Langsir kena dicuci kalau tak dapat menggantikan dengan yang baru. Langsir di rumah saya dah lima tahun tak berganti dan nampak gaya tahun ni masih lagi memakai langsir yang sama. Sibuk dan tiada masa tuk mencari langsir baru yang sesuai dengan suasana dalam rumah dan match dengan perabot dan gaya hiasan.
Tahun ni juga tiada yang baru untuk diperagakan di ruang tamu. Tahun ni saya tak gilakan antik dah tapi tak bermaksud barang-barang yang sedia ada tak perlu dijaga. Maksud saya memandangkan rumah pun dah sarat dengan antik, kita perlu suai padankan dan ubah kedudukan perabot dan barang-barang pameran saja.

Cuti ujung minggu ni terpaksalah kerja keras membersihkan dan mengilatkan perabot antik. Seronok juga kerana time raya kalau rumah dah kemas dan cantik kita pun bangga jugakan. Rumah kita... kecil ka...besar ka, kita yang tinggal.

Anak-anak yang dulu kecil sekarang dah besar panjang. Anak lelaki sulung dah besar dari bapanya. begitu juga anak perempuan yang lebih tinggi dan besar dari ibunya. Mudah sikitlah nak mintak tolong anak-anak membantu mengemas dan membersihkan rumah.

Seperti biasalah kan, dalam kita sibuk membersih dan mengemaskan susun atur perabut, jangan lupa pula halaman kita di luar kerana halaman yang cantik akan memperindahkan lagi suasana luar rumah kita. Pastikan pokok pokok bunga tumbuh subur, bersih dan kemas juga. Barulah orang kata indah di luar, lebih indah dan memukau di dalam rumah.

Sebenarnya time puasa ni cuaca agak panas dan jarang hujan. Bunga-bunga pun tak berapa cantik daunnya kecuali bunga kertas yang berbunga lebat time panas. Apa pun kita perlu bijak lah dalam memastikan raya kita meriah, rumah kita yang menyambut kedatangan tetamu tetap memukau seperti tahun-tahun yang sebelumnya.

Blogger Template by Blogcrowds