Perhiasan Kecil Penambah Seri Ruang



Ada orang yang suka dengan perhiasan kecil ketika menghiasan ruang. Sama ada di letak di atas meja atau sudutbagi mengumpan atau memancing mata yang memandang. Ada juga yang kurang gemar, kata mereka menyemakkan dan memeningkan mata dan kepala.

Bagi saya perhiasan kecil adalah pelengkap kepada gaya ruang yang kita kehendaki. Kalau cantik bergaya dengan baju kurung pun andai dibiarkan kosong sahaja tanpa manik atau labuci, pasti kurang menarik penampilan seseorang wanita. Sama juga dengan sudut atau ryuang rumah kita. Apa lagi ketika kita menyambut hari lebaran. Pasti kita mahu yang terbaik untuk rumah atau ruang tamu kita agar sanak saudara dan rakan taulan yang bertandang rasa puas dengan apa yang mereka lihat selain dapat menjamu selera.

Mencari atau memiliki pelbagai perhiasan kecil dari pelbagai negara khususnya perhiasan kecil antik adalah kegemaran saya sejak dulu lagi. Rasa puas bila kita memiliki pelbagai barangan tersebut kerana ia melambangkan identiti sesebuah negara di mana barangan atau perhiasan kecil itu dibuat.

Apa pun bagi saya, sebanyak mana pun yang kita ada kita harus bijak memajangkan atau mempamerkannya. Tak semua barang boleh dipamer begitu saja atau dilonggok tanpa melihat keindahannya yang memapu menyerlahkan ruang. Tak salah simpan separuh hiasan yang ada dan pamer separuh mengikut situasi dan keadaan tema ruang. Malah setiap 3 bulan kita boleh menukarkannya bagi mengelakkan kebosanan bila melihat benda yang sama sahaja.


0 Comments:

Post a Comment



Blogger Template by Blogcrowds