Saya bukan anti barangan luar negeri terutama dari barat tetapi sekurang-kurangnya
Seronok juga tengok rumah kawan-kawan yang mempunyai koleksi Inggeris yang sarat satu rumah, namun dengan bangganya mereka mengatakan sangat minat gaya kedesaan Inggeris tanpa menilai sesuaikan dengan budaya kita. Dalam majalah deko tempatan banyak yang mempamerkan gaya seumpama ini. Tapi tanpa kita sedari rumah kita lebih sarat dengan barangan pameran ala Inggeris berbanding rumah orang Inggeris sendiri. Kalau tak percaya cuba lihat rumah orang kita di majalah deko tempatan dan
Saya sebenarnya pun minat dengan stail ala Inggeris atau barat. Saya suka melihat deko mereka kerana hampir semua mereka bangga dengan warisan nenek moyang mereka. Perabot dan alatan hiasan lama menjadi rebutan untuk diisi di ruang tamu mereka tetapi tidak pula macam sesetengah orang kita yang makan nasi guna tangan tapi pinggan mangkok dan hiasannya mengalahkan mat salleh.
Kita seronok pamerkan barangan ala gaya kedesaan Inggeris sehinggakan kita lupa yang kita ter'over' dalam menyusun aturnya. Walau bagai manapun ada juga orang kita yang air tangannya menjadi dalam menghias rumah ala kedesaan Inggeris. Syabas! Seronok melihat hasil sentuhan kreatif orang
kita yang mempunyai pelbagai cita rasa.
Jadi kalau kita masih simpan
barangan tembaga antik dalam stor atau almari lama, sempena menyambut lebaran tahun ini, apa kata kita keluar dan bersihkan lantas dijadikan penyeri meja dan sudut. Pasti jiran tetangga dan sanak saudara yang berkunjung ke rumah kita pun akan mengikut langkah kita. Kalau bukan kita siapa lagi yang harus dan patut bangga dengan warisan dan budaya kita.
Jadi kalau kita masih simpan
Barangan tembaga antik juga semakin lama semakin mahal harga dan nilainya. kalau dulu kita boleh dapat dengan harga yang murah, kini harganya berlipat kali ganda. Justeru itu bagi yang menggemarinya, jangan tertipu dengan barangan baru yang didakwa antik.
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)