Berkisah tentang durian ni, saya terpanggil untuk berkongsi cerita dalit atau ralit panggilan tempatan di Sabah bagi buah durian hutan. Sela
ma ini saya tak pernah merasa keenakan dan kelunakan isinya kerana selama ini saya beranggapan dalit ini low class berbanding dengan durian biasa. Nak dijadikan cerita, terbeli pula 2 biji buah durian dalit. sebuah isinya berwarna merah, manakal sebuah lagi berwarna jingga. Yang peliknya baunya tidak seperti durian tetapi seperti strawberry. Isinya pekat dan lunak. Manis tak juga manis. Pokoknya terangkat kening bila menjamah dalit yang selama ini saya tak pandang pun sebelah mata.
Lepas percubaan pertama, saya akhirnya memborong 18 biji buah dalit jingga unjtuk dicuba oleh kawan dari Semenanjung. Kawan tu pun suka juga. Nak dijadikan cerita ketika kerja luar terjumpa pula dalit berwarna putih susu. Memang sedap tapi tak sesedap dalit berwarna mer
ah.
Dalit ni sebenarnya digemari oleh orang-orang sebelah pantai barat Sabah. Orang0orang tua di kampung banyak menanam pokok ini. Kabarnya di Semenanjug buah ini tidak ditemui. Saya pun kurang pastinya. Kawan-kawan boleh lihat sendiri warna isi dalit yang membuka selera. Kata orang kalau tak cuba kita tak tau kopi itu pahit. Tapi pahit-pahit kopi di telan di minum juga. Betul tak.
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)