Pepatah orang tua ada mengatakan,'lain padang,lain belalang', lain orang lain pula prilaku atau minatnya. Cerita pasal minat,saya seperti sebilangan orang mempunyai minat terhadap barang -barang lama atau lebih dikenali sebagai barang antik. Bila terlihat sesuatu objek antik, saya cukup teruja. Apa tah lagi kalau kebetulan memasuki kedai antik yang sarat dengan barang-barang antik yang jarang kita lihat. Barang antik kalau mengikut tafsiran barat, barang atau objek yang berusia 100 tahun ke atas. tetapi di Malaysia, barang yang berusia 50 tahun boleh dikatakan sebagai barang antik. barang yang berusia kurang dari 50 tahun dikategorikan sebagai barang lama.
Saya berjiwa seni dan meminati lukisan. Sejak dari kecil amat tertarik kepada benda-benda yang mempunyai niali seni yang tinggi. Tetapi sejak 10 tahun lepas, minat kepada barang antik amat menebal. Apa tah lagi bahan-bahan bacaan tempatan dan luar negeri sudah lama membicarakan tentang barang antik, nilai dan penjagaannya. Menarik bukan! Minat memikili dan mengumpul barang antik bisa membuatkan si pengumpulnya menjadi rajin kerana sama ada barang itu berbentuk perabot atau pun objek kecil seperti tembaga atau seramik, penjagaan yang berterusan amat penting sekali. Sekiranya kurang penjagaan, makan warna objek berkenaan akan nampak seolah-olah'mati'.
Koleksi barang antik saya tak la banyak mana kerana saya tidak mempunyai barang warisan dari keluarga kecuali sebuah almari kayu yang dibuat oleh moyang saya untuk dihadiahkan kepada arwah mak cik. Panjang ceritanya mengenai almari antik itu sebelum jatuh di tangan saya. Kisah lemari tu saya simpan dulu dan akan diceritakan kemudian. Selain itu saya memiliki gerobok atau peti kayu jati yang dihasilkan pada tahun 1860 di jawa semasa pemerintahan Belanda. Hebat bukan! Sebuah jodang yang berusia 100 tahun juga dari kayu jati Indonesia yang mempunyai kisah menarik bagaimana saya memperolehinya.
Memandangkan blog aryani antik ni baru disiapkan, saya baru dapat masukkan 3 keping gambar-gambar barang antik yang saya miliki untuk dikongsi bersama rakan-rakan. Apa yang menariknya, nama aryani bermaksud'istana' dalam bahasa lama sanskrit. Tapi bagi saya nama Aryani maknanya lebih besar dari itu kerana puteri saya pun diberi nama Aryani. Satu nama yang cukup unik dan indah.

0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)