bukan batang sebarang batang

batang disusun membina pagar,

bukan pandang sebarang pandang

mata terpaku dada berdebar.........


Ramai di antara kita menjadikan batang kayu sebagai penghalang sama ada membuat pagar atau adangan bagi mengelakkan sesuatu. Batang kayu berukir dan dibentuk menjadi buton-buton digunakan sebagai kekisi untuk pagar jendela mahupun pagar rumah. Buton-buton atau batang kayu berukir juga boleh dibuat pembahagi ruang atau kekisi anak tangga. Tangga yang menggunakan kayu kekisi ini lebih indah dipandang berbanding yang menggunakan bahan lain.


Saya amat teruja melihat rumah kampung yang menggunakan bahan kayu sepenuhya bagi membuat pagar jendela atau kekisi tangga. Kekisi tangga yang dibentuk bulat dipangghil buton-buton. Ada juga yang membuat kekisi tangga dengan menebuk batang kayu dan mengukir pelbagai bentuk untuk menaikkan seri tangga dan anak tangga. Barisan kekisi berukir menjadikan tangga sebagai titik tumpuan mata yang memandang.


Sewaktu membeli rumah dulu, kekisi tangga rumah yang dibina pemaaju semuanya besi. Lalu sebelum pindah masuk, diganti dengan kekisi ynag baru dari kayu. Kebetulan kawan menjual kekisi kayu berukir dengan harga murah keran orang yang tempah tidak mengambil semua tempahannya. Seronok juga dengan hanya rm11 sebatang dapatlah saya menjadikan tangga makin ranggi.


Istimewanya kekisi tangga tersebut dipasang oleh ayah yang ddatangkan khas dari kampung. Dua hari juga baru siap dipasang kerana jubin yang terlebih dahulu dipasang di tangga amat keras untuk ditebuk.

Hari ini ramai yang lebih suka menggunakan logam untuk mengindahkan tangga mereka. Selain sukar dicari kayu yang cantik harganya pun kian mahal. Apa pun semua terletak ditangan dan poket kita. Kita punya tangga, kita punya suka......

Durian oh Durian.......


Durian raja buah yang tak boleh di tolak oleh sesiapa. Kadang-kadang belum pun musim durian pun kita da terasa nak makan durian lagi. Itu lah penangan buah durian dek kerana baunya, durian dihalang masuk dalam hotel mahupun kapal terbang. Malah lagu popular Wali Band dalam lagu Cari Jodoh pun masukkan musim durian dalam liriknya.


Hari ni kita tak berkisah mengenai kesedapan durian tetapi mengenai keindahan kayu durian. Barang kali ramai di antara kita yang tidak tahu kayu durian boleh dijadikan perabot. Saya sendiri sukar mempercayai keindahan urat kayu durian menjadikan saya jatuh cinta dengan almari televisyen yang saya miliki hari ini.


warna kayu durian yang kemerah-merahan seperti kayu seraya merah sungguh indah dengan urat kayu yang seoklah-oleh dipotong tengah. Dengan warna merun kehitaman atau warna mahogoni, almari tv berpintu ini seringkali disalah anggap oleh para tetamu. Lemari dua pintu ini bertutup seperti almari pakaian atau almari menyimpan pinggfan mangkok. Bila dibuka barulah tahu almari yang pintunya boleh dilipat ke belakang ini adalah almari televisyen.


Almari antik look ini saya dapat juga dengan harga yang murah. Dapat diskaun 50 persen. Menurut penjualnya, almari kayu durian ini adalah satu-satunya almari yang dibawa masuk ke Sabah. Seronok bangat memilikinya, malah sejak 8 tahun menjadi perhiasan disudut rumah selain menjadi tempat menyimpan televisyen.


Pernah seorang kawan yang bertandang ke rumah merasa pelik bila melihat rumah saya tidak memiliki peti televesyen. Rupa-rupanya beliau tidak tahu peti tv saya tersorok dalam almari. Bila saya membuka almari tv tu tergelak kawan-kawan yang lain yang tutut terpegun melihat almari almari tv kesayangan saya.
Ramai yang bertanyakan di mana saya membelinya? Saya menjawab, "jangan ditanya kerana cuma ada satu di Sabah".......

Trend memakai pakaian berjenama sudah lama menjadi kegilaan orang kita. Kadang kala pakaian berjenama ciplak atau tiruan menjadi pilihan kerana selain harganya murah, dapat juga kita melaram memakai jenama kegemaran kita. Siapa tau yang kita pakai baju atau seluar jenama terkenal sebenarnya buatan siam. Saya sendiri kadang kadang keliru pakaian tu asli palsu. MKalau di Indonesia di panggil aspal singkatan daripada perkataan asli dan palsu.




Pada hari ini ramai juga di kalangan kita, barang kali termasuk saya yang membuat pilihan untuk membeli pakaian dari bundle. Pakaian bundle ini pakaian terpakai yang datang dalam bentuk bundle dari negara-negara seperti Amerika Syarikat, Singapura, Jepun dan Korea. Sebab itulah bila saya bertandang ke Semenanjung pakaian bundle ini turut menjadi kegilaan orang di sana khususnya yang gilakan jenama terkenal.

Di Sabah, khususnya di kampungan halaman saya di Tawau, pakaina bundle di kenali sebagai pakaian dari rom. Wah bukan main glamornya nya bila kita sebut kita membeli pakaian jenama terkenal dari rom. Sebenarnya, rom adalah singkatan dari perkatan rombengan. Rombengan bermaksud terpakai dan berkeadaan tidak baik atau lusuh. Tapi jad menjadi trend panggilan rom tu semata mata nak menaikkan taraf di mana tempat kita membeli pakaian berjenama terkenal.


Pakai bundle atau rom juga boleh dipanggil pakaian vintage kerana terdapat juga pakaian terpaksa jenama terkenal yang dibuat pada zaman terdahulu atau keluaran semua. Kadang kala kepala pening melihat pelbagai jenama terkenal luar negara berada di tangan kita. Mana satu menjadi pilihan kalbu.

Ada juga pakaian bundle ni sebenarnya pakaian yang belum dipakai dari stok lama. Jangan hairan la kalau kaki bundle memakai pakaian jenama terkenal dengan harga murah tapi masih kelihatan baru. Orang kata bijak memilih menang memakai.

Sebut saja jenama terkenal yang anda ingin miliki pasti ada. Burberry, polo rl, evisu, live's,lv, banana republic, gucci dan macam macam lagi semua ada. Yang penting kita bijak memilih kain yang berkualiti.


Satu lagi petua untuk mencari jenama terkenal yang kainnya masih berkualiti, pilihlah semasa bundle baru dibuka oleh penjual. Walau pun harga sedikit mahal berbanding yang telah lama dibuka tapi memang berbaloi. Mana anda dapat baju burberry buatan England dengan harga RM6 hingga rm15. Begitu juga dengan jenama lain. Cukup murah bukan!

Sebab itulah ramai kawan-kawan yang gila bundle dari Semenanjung yang terbeliak biji mata melihat kemurahan jenama terkenal di bundle Sabah. Disebabkan itu juga harga jenama terkenal pun dah naik harga bagi penjual yang tahu jenama mana jadi pilihan.
Cerita pasal bundle ni kawan-kawan, bukan setakat kain baju sahaja malah kelengkapan lain seperti kasut, beg tangan, topi hatta pakai dalam pun jadi rebutna penggemarnya. Pelik jugakan bunyinya bila pakaian dalam rom pun jadi pilihan. Tak sanggup pula saya.
Biasanya bundle kat Sabvah khususnya di Kota Kinabalu dijual di pasar malam dan pasar minggu. Bagi pengian atau pengila pakaian bundle ni lah masa yang paling digemari kerana boleh memilih pakaian dengan masa yang panjang. Tetapi ada juga di daerah lain seperti Tawau, Keningau dan Sandakan, pasar bndle dibuka pada siang hari.

Apa yang menariknya, kain langsir renda yang berkualiti tinggi dari eropah pun menjadil pilihan untuk hari raya. Ini lah yang dikatakan bundle dan menjadi satu trend di negara kita. Saya bukan lah peminat setia bundle. Bundle atau rom dah ada di Tawau sejak tahun 1980an lagi dan saya tak pernah pun menjenguknya. Tetapi sejak tahun lalu, saya dah pandai berkunjung ke rom untuk melihat pakaian berjenama . Benarlah kualitinya amat bagus dan selesai di pakai. Tepok dada tanya selera. Bagi yang belum pernah pergi, cuba-cubalah manalah atu ada yang berkenan.......























































Blogger Template by Blogcrowds