Kenangan Antik

Orang bilang lain padang lain belalang, lain orang lain pula minat dan kehendaknya. mengimbau kenangan takala kegilaan memiliki barang antik khususnya perabot, tiap kali ramadan menjelma saya tersenyum sendiri. Apa tidaknya, ghairah nak menghias rumah dengan perabot antik yang ada. Diam tak diam, tahun silih berganti, maka rumah saya di penuhi perabot antik kayu. Bila dah banyak tu tau tau lah kadang-kadang pening juga nak menyusun aturnya. Masuk tahun 2012, saya berminat pula dengan perabot terpakai dari hotel. Orang kata kalau bijak memilih kita akan dapat barang baik dengan haga yang murah dan berpatutan. akhirnya dalam menahan keinginan untuk membeli perabot, saya terbeli juga dua set sopa kayu berkusyen. setiap set ada dua buah kerusi. Satu set yang potongan ringkas saya simpan kat pejabat saya manakala yang agak besar saya hantar kat rumah untuk digunakan. Tulah orang kata kalau dah suka gatal tanngan tuk membelinya. Set sopa yang saya beli menjadi kegilaan rakan-rakan yang melihatnya dan ada yang sanggup beli dari saya wal hal berlambak lagi kerusi yang sama di kedai yang menjual perabot terpakai. Alasan mereka, kerusi saya nampak elegen dan cantik sebab saya bijak membelinya wal hal mereka tak tau saya terpaksa beli berus dan vernis tuk vernis semula. n ampak gaya lebaran tahun ini akan bertambah lagi kerusi kat rumah saya yang dah sarat dengan pelbagai rekabentuk kerusi yang penting kena berasaskan kayu.

Blogger Template by Blogcrowds