Selamat Hari raya kepada saudara serta saudari, setahun hanya sekali merayakan hari yang mulia ini...... dendang lagu selamat hari raya masih lagi berkumandang di radio dan tv. Walau pun dah seminggu namun sambutan hari raya masih lagi meriah. Pastinya kawan-kawean semua tak sabar menunggu kunjungan sanak saudara dan para tetamu bertandang di rumah. Selain menghidangkan juadah yang sedap pasti suasana indah ruang rumah juga menjadi sajian mata para tetamu yang datang.

Saya tak beli perabot baru jadi perabot lama di tukar alih tempat jak bagi mengelakkan rasa bosan. Hanya langsir yang berganti selepas 4 tahun tak menukarnya. Ada barang barang perhiasan yang tersorok dalam peti dikeluarkan dan dipajang manakala yang dah lama terpamer di simpan dalam peti semula. Penat juga membersih serta mengemaskan rumah selama 2 hari 2 malam barulah serinya nampak kembali menyambut lebaran yang mulia.



Ada orang yang suka dengan perhiasan kecil ketika menghiasan ruang. Sama ada di letak di atas meja atau sudutbagi mengumpan atau memancing mata yang memandang. Ada juga yang kurang gemar, kata mereka menyemakkan dan memeningkan mata dan kepala.

Bagi saya perhiasan kecil adalah pelengkap kepada gaya ruang yang kita kehendaki. Kalau cantik bergaya dengan baju kurung pun andai dibiarkan kosong sahaja tanpa manik atau labuci, pasti kurang menarik penampilan seseorang wanita. Sama juga dengan sudut atau ryuang rumah kita. Apa lagi ketika kita menyambut hari lebaran. Pasti kita mahu yang terbaik untuk rumah atau ruang tamu kita agar sanak saudara dan rakan taulan yang bertandang rasa puas dengan apa yang mereka lihat selain dapat menjamu selera.

Mencari atau memiliki pelbagai perhiasan kecil dari pelbagai negara khususnya perhiasan kecil antik adalah kegemaran saya sejak dulu lagi. Rasa puas bila kita memiliki pelbagai barangan tersebut kerana ia melambangkan identiti sesebuah negara di mana barangan atau perhiasan kecil itu dibuat.

Apa pun bagi saya, sebanyak mana pun yang kita ada kita harus bijak memajangkan atau mempamerkannya. Tak semua barang boleh dipamer begitu saja atau dilonggok tanpa melihat keindahannya yang memapu menyerlahkan ruang. Tak salah simpan separuh hiasan yang ada dan pamer separuh mengikut situasi dan keadaan tema ruang. Malah setiap 3 bulan kita boleh menukarkannya bagi mengelakkan kebosanan bila melihat benda yang sama sahaja.




Raya dah makin dekat ni. Masa makin suntuk tuk membersihkan rumah dan segala yang ada di dalamnya. tahun ini tiada perabot baru yang dibeli kerana ruang rumah dah penuh sesak. Pening juga kepala kerana dah 3 tahun susun 2 tahun susun atur perabot di ruang tamu tidak terusik. Agak bosan juga melihat benda yang sma saban tahun.

Cadang nak tukar letak duduk sofa besar ruang tamu tapi dalam keadaan ruang yang sederhana besar, sofa bersaiz XXL ni payah untuk dialih dan di gerakkan di tempat yang baru. Akhirnya saya mengambil keputusan hanya mengubah letak duduk beberapa buah almari yang ada diruang tamu. Percubaan ini berjaya mwengubah suasana ruang tamu. Sedikit sebanyak menonjolkan suasana baru ruang yang sama.

Ujung minggu lepas orang rumah sibuk membeli langsir baru pasang siap. Bila dah terpasang, baru tahu yang langsir tersebut kurang cantik di pandang kerana muara atau lebar kainnya berukuran kecil. Rasa macam menyesal orang rumah membeli langsir tersebut lalu dia bercadang untuk di pasang di jendela bahagian atas dekat tangga naik ke tingkat satu. Tersenyum juga tengok teaksi orang rumah bila langsir yang di belinya kurang padan dan tak berapa sesuai. Katanya nak cari lagi yang lebih cantik dan sesuai.

Raya tahun ni juhga malas nak beli karangan bunga baru. Jimat sikit sebab banyak karangan bunga yang boleh digubah semula dengan pasu yangs edia ada. Tukar pasu n tukar bunga. Cukup mudah. Lagipun tahun ni kena jimat sikit kerana harga barang dah banyak yang naik.

Persiapan raya pun hanya sederhana. Yang penting kehendak dan keperluan anak-anak diutamakan. Rasanya raya tahun ni saya pakai baju raya yang di beli tahun lepas berwarna biru kundang. Kebetulan tahun lepas saya memborong 3 helai sekali gus baju raya baru iaitu baju melayu berwarna merah, choklat emas dan biru. Apa lagis etelah kurus, semua baju yang dulu tak boleh di pakai. Sebab tu lah tahun ni tak mau beli baju baru kerana banyak baju yang tahun lepas ada yang jarang dipakai.


Apa yang penting biarlah lebaran tahun ini di sambut dengan meriah sekali dengan kita menyambut hari merdeka.

Guci Cina Biru Putih


Dalam banyak-banyak koleksi antik yang sayang amat minat ialah guci cina biru putih. Warna biru putih adalah lambang keagungan tembikar di zaman Dinasti Ming. Kelebihan orang zaman dulu membuta tembikar atau guci yang bermutu tinggi. Kemahiran ini sukar dicari ganti kerana pengeluaran barang tembikar sekarang ni banyak menggunakan teknologi mesin. Kehalusan , ketelitian dan keindahan serta mutu guci zaman kuno menyebabkan ia menjadi rebutan dan secara tak langusung harganya sampai berjuta ringgit untuk guci yang betul-betul halus buatan seninya.

Bagi saya dalam banyak banyak leuarang dan warna guci, saya amat meminati guci warna biru putih. Selain sejuk di padang ia juga dapat melembutkan suasana ruang dan membuatkan ruang menjadi lebih terserlah.

Guci dalam gambar ni saya dapat dari Filipina. Kata orang yang juga guci ni da berusia lebih seratus tahun. Buatannya halus dan masih nampak macam baru.





Da lama saya tak panmerkan perabot antik saya dari sudut dan pandang yang berbeza beza. Untuk cuci mata kengkawan le lah tengok beberapa keping foto yang sempat diambik baru-baru ni masa saya pulang kampung.

Sebenarnya perabot ni bukan baru beli, saja baru nak tayang dari sudut yang berbeza saja. Ya lah dah memang sukakan perabot antik. Lagi pun itu jak perabot yang ada kat rumah.

Time puasa ni perabot kayu perlu digilap dengan minyak kayu jati atau minyak kayu murni untuk menaikkan seri dan mengeluarkan urat kayu agar nampa keindahannya. Malah aroma kayu juga dapat di nikmati baunya macam membeli perabot baru dari kedai.

Salam Ramadhan........

Pejam celik pejam celik, Ramadhan dah menjelma kembali. Usia dah sdemakin meningkat. Kena tingkatkan amalan kita. Cerita pasal ramadhan ni, ini lah masanya untuk kita mengurangkan berat badan selain beribadah. Rasa-rasanya puasa tahun ni macam tak puasa sebab dah biasa berlapar sejak mengamalkan diet makanan seimbang sejak tahun lepas.

Cerita pasal Ramadhan ni, masa yang sibuk bagi kita kerana rumah dan segala isi perabotnya kena dibersihkan. Langsir kena dicuci kalau tak dapat menggantikan dengan yang baru. Langsir di rumah saya dah lima tahun tak berganti dan nampak gaya tahun ni masih lagi memakai langsir yang sama. Sibuk dan tiada masa tuk mencari langsir baru yang sesuai dengan suasana dalam rumah dan match dengan perabot dan gaya hiasan.
Tahun ni juga tiada yang baru untuk diperagakan di ruang tamu. Tahun ni saya tak gilakan antik dah tapi tak bermaksud barang-barang yang sedia ada tak perlu dijaga. Maksud saya memandangkan rumah pun dah sarat dengan antik, kita perlu suai padankan dan ubah kedudukan perabot dan barang-barang pameran saja.

Cuti ujung minggu ni terpaksalah kerja keras membersihkan dan mengilatkan perabot antik. Seronok juga kerana time raya kalau rumah dah kemas dan cantik kita pun bangga jugakan. Rumah kita... kecil ka...besar ka, kita yang tinggal.

Anak-anak yang dulu kecil sekarang dah besar panjang. Anak lelaki sulung dah besar dari bapanya. begitu juga anak perempuan yang lebih tinggi dan besar dari ibunya. Mudah sikitlah nak mintak tolong anak-anak membantu mengemas dan membersihkan rumah.

Seperti biasalah kan, dalam kita sibuk membersih dan mengemaskan susun atur perabut, jangan lupa pula halaman kita di luar kerana halaman yang cantik akan memperindahkan lagi suasana luar rumah kita. Pastikan pokok pokok bunga tumbuh subur, bersih dan kemas juga. Barulah orang kata indah di luar, lebih indah dan memukau di dalam rumah.

Sebenarnya time puasa ni cuaca agak panas dan jarang hujan. Bunga-bunga pun tak berapa cantik daunnya kecuali bunga kertas yang berbunga lebat time panas. Apa pun kita perlu bijak lah dalam memastikan raya kita meriah, rumah kita yang menyambut kedatangan tetamu tetap memukau seperti tahun-tahun yang sebelumnya.

Lama Menyepi

Lama betul rasanya saya tak membuka blog ni kerana terlalu sibuk dengan tugas. Sesekali tengok blog orang, teringat pula Aryani Antik. Da lama saya tak merakamkan gambar vatau perabot antik yang saya miliki. Namun demikian kata orang kalau da minat, sesibuk manapun masih lagi ingat. banyak juga majalah dekorasi yang sempat saya belek, terpaku juga mata melihat keindahan dekorasi hasil sentuhan pribadi pemilik. Tak sempat lagi saya nak memukar susun atur rumah. Masa cuti ujung minggu hanya sempat bersihkan dan trim taman bunga yang sekangkang kera. Sedar tak sedar, saya amat puas hati keran musim hujan banyak membantu bunga-bunga saya tumbuh subur dan meliar. Mudah tuk membentuk konsep taman yang kita mau.

cerita pasal laman yang kecil di kawasan perumahan, ada juga yang mencadangkan saya menyimen semua lama yang ada. bagi saya kalau dah disimen semua pasti panas dari haba simen lantai luar. Lantas saya hanya memasang mar-mar di kawasan parking kereta dan meninggalkan sedikit tanah depan rumah tuk menanam pokok bunga. Pokok bunga yang tumbuh dan hidup selepas ditanam nampak subur bentul. adalah lebih kurang dua puluh jenis bunga yang menghiasi taman sekangkang kera tu.

Masa baru pindah rumah 8 tahun lepas, ayah bawakan 2 pasu bunga kertas yang ditut. Sayang sangat dengan bunga 2 kerana ayah yang menanamnya. Ayah memang suka tanam bunga malah di kampung, cantik taman ayah yang bercampur dengan poko herba. Apa tidaknya di kampung tanahkan cukup luas. Apa yang penting kita kena rajin la.

Bagi saya halaman tanpa bungv bagai masakan tanpa garam. justeru itu rajin-raajinlah tanam bunga tuk keindahan dsn kebersihan udara kita selain menyejukkan suhu sekeliling rumah. Tak salah berbudi pada tanah.

Masyarakat Melayu tak ira di mana berada, adat resam dan budaya tak pernah dilupakan. Begitulah juga dengan nyanyian dan bidalan yang menggunakan pantun sebagai perantaranya. Pantun dalam budaya orang Melayu berkembang subur dari generasi ke generasi disampaikan secara lisan mahunpun bertulis. Namun demikian, pantu kini semakin hilang harumnya apabila pelbagai mediabaru wujud.

Zaman saya kecil dulu, datuk nenek saya sering mengalunkan panun sambil duduk beehat di serambi pada waktu petang. Sebab itulah sehingga kini pantun masih lagi berjiwa di hati saya. Anak-anak saya ketika kecil juga saya dendangkan pantun tapi ak sekerapa datuk dan nenek dendangka dihalwa telinga saya. Untungnya dalam pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah, pantun juga diselitkan, jadi tidak susah bagi anak-anak saya berpantun walaupun mereka tidak boleh berpantun sepontan seperti saya.

Semut api-api
topi bul-bulu,
atok tembak sapi
seratus lima pulu

Sorong papan tarik papan
buah keranji atas perahu,
suruh makan adik makan
suruh mengaji adik tak tahu

Cukp seronok mengenangkan bait-bait pantun lama. Sebenarnya banyak pantun kama yang nenek dan atok dendangkan tapi banyak yang saya tak ingat. Apa pun pantun biasanya disendangkan mengikut suasana atau majlis. Ada pantu yang memberi nasihat untuk anak-anak, ada juga pantun yang berbentuk hiburan, gurauan hatta pantun kasih pun ada.

Masak sayur si sayur jantung
bumbunya ketumbar muda,
biar mati di tali gantung
asal puas berahi muda

Dua tiga ucing berlari
mana sama si kucing belang,
dua tiga boleh ku cari
mana sama adik seorang

Bicara mengenai pantun sepontan, bukan semua orang boleh buat. Alhamdulillah, saya masih bleh berjual beli pantun secara sepontan. Bagi saya pantun tak boleh di pisahkan dari jiwa orang Melayu. Anak-anak dah semakin membesar. Sekali sekal saya mendendangkan pantun kepada anak bungsun saya. Hanya dia yang berminat. Sekurangkurangnya mereka tahu sedikit sebanyak adat dan budayanya dan memperkenalkan kepada cucu cicit saya pula.

Kek Oh Kek


Hari ni hari ulangtahun saya. Terasa juga sunyinya sebab orang rumah dan anak-anak jauh di kampung. Apa pun dah terbiasa juga sendiri menyambut hari jadi. Makan nasi beryani ayam jak di tapao n makan di opis tengahari tadi. Tiada kek harijadi untuk tahun ini. Mau menangis pun ada juga, sebak bercampur gembira.

Cakap pasal kek harijadi, kek harijadi telah pun wife belikan awal februari lagi masa balik cuti di kampung. Sekarang ni teringin pula makan kek keju atau cze kek air tangan sendiri. Ramai sebenarnya kawan-kawan yang merasai kelazatan cze kek sasya tak percaya yang kek tersebut saya yang buat. Ada yang kata saya tempah di kedai. Bila saya tunjukkan gambar barulah mereka percaya.

Saya sebenarnya tak lah pandai sangat buat cze kek ni tapi bila dah dapat resepi asal, saya ubah suailah ikut resepi sendiri. Tambah yang tu, kurang yang ni, jadilah kek resepi sendiri. Yang penting sedap. Cuma barangkali ramai di antara kita yang tak tahu berapa lama dan berapa suhu yang diperlukan tuk menghasilkan kek yang gebu dan cantik. Banyak teknik dan cara yang kita boleh dapat dalam internet sekarang ni yang penting kita mahu mencubanya.

Dala apa un perkara sama ada menghias rumah, memilih perabot hata memasak atau membuat kek kita haruslah buat dengan sepenuh jiwa barulah dapat hasil yang membanggakan.

Orang kampung kata buat doa selamatan, dalam bahasa standard Melayu panggil kenduri kesyukuran.Apa pun maknanya, maksudnya tetap sama, kita berasma-sama bersyukur dan berdoa memohon keberkatan dan keselamatann daripada Allah swt.



Hari ni lepas sembahyang Zohor, saya buat kenduri kesyukuran di rumah. Pagi-pagi lagi sibuk tolong orang rumah ke pasar n tolong siapkan masakan tuk kenduri sebelah tengahari. Kebetulan pula musim hujan, jadi harga ikan dan sotong aduh mak mahal sangat. Ikan Tenggiri besar sekilo dah jadi RM15 sekilo, sotong pun dalam rm12 - rm15 sekilo bagi yang bersaiz L. Nak tak nak beli juga. Selebihnya beli ayam tuk masak kari dan goreng mayonis.



Emak pula pagi2 lagi dah sampai dari Tawau ngan kakak. Dah lama tak bertandang di rumah saya n saya seronok sangat menyambut kedatangan mereka. Emak bawakan sayur petola yang kebetulan baru di petik di kebun sayur ayah. Petola muda yang segar akhirnya di masak bersama udang segar. Terangkat habis kening walau pun saya sebenarnya tak berapa suka makan sayur petola kerana baunya. Sendiri masak sendiri makan la jawabnya he he he.



Ramai juga saudara yang jauh dan dekat yang datang. Ada yang berkali-kali, adanya baru 2 kali dan ada yang first time datang rumah saya. Bagi yang datang kerap tu tak hairan sangat tengok rumah saya yang sarat antik. Bagi yang baru 2 kali terasa yang saya dah besarkan rumah saya dan barang bertambah banyak. Tapi bagi yang first time datang, juling juga mata melihat kepelikan perabot di rumah sampai adanya bertanya di mana beli? berapa duit habis? boleh jual balik ka? dan macam2 pertanyaan yang lucu dan pelik. Saya layan juga sebab tak mau kecilkan hati saudara yang bertanya.



Kenyataannya, masih ramai orang kita yang tidak tahu nilai barang antik atau selama ini tak pernah ambil kisah tentang barang atau perabot antik. Yang paling seronok melihat gelagat mereka bila saya membukam bakul sia antik besar yang berisi limau mandrin dan bakul sia kecil yang berisi dodol durian yang saya beli minggu lepas sewaktu bertandang di Pekan Rabu, Alor Star, Kedah.



Ramai yang kata barang atau ornamen antik tak boleh digunakan tapi bagi saya masih boleh digunakan malah memukau hati yang memandangnya sama ada suka, hairan atau cemburu. Saya perasan juga ada yang mata memandang sekeliling rumah, wala pun hanya memandang dan berdiam, saya tau mereka pasti tertanya2 dari mana saya dapat benda buruk ni.



Seorang saudara lelaki memberitahu almari antik saya hampir sama dengan almari di ramah neneknya tapi sekarang almari itun sudah tidak ada. Saya memaklmkan mungin almari berkenaan uga dibat myan sayang untuk neneknya yang merupakan emak saudara saya juga. Almari yang dibat pada tahun 1940an itu pernah saya ceritakan dalam tahun 2009.



Apa pun halya, kenduri dapat mengeratkan hubungan persaudaraan, memiliki barang antik pula menambahkan lagi mesranya sesama saudara terutama ketika bersembang dan bergurau senda semata-mata keran barang antik.

diet oh diet



Berbelas tahun selepas kahwin badan naik macam di pam. Risau hati dibuatnya sebab penyakit darah tinggi pun dah jadi teman. Kadang kadang masa window shoping kat pusat beli belah teringin pakai pakaian saiz m dengan ujuran pinggang 32 inci. Orang bilang lelaki palin tampan dan macho harus mempunyai ukuran pinggang 32 inci dengan bereat melebihi 90 kg. Alamak! Ukuran pinggang saya da 39 inci.

Bukan sekali dua cuba diet n jaga makan tapi hati tak kuat lepas diet seminggu dua dah mula makan banyak lagi. Masa diet tu turun dalam 2 or 3 kg tapi lepas tu naik 5 kg pula. Nak kata kuat makan tak juga sampai nak makan 2 or 3 piring. Berliaur bila tengok kawan kawan yang tiada perut n pakai baju body fit. Sakit jiwa sendiri kerana saiz baju xk dan xxl.

1 April 2010 tarikh keramat yang tak dapat dilupakan. Ramai kata tarikh tu April fool tapi tarikh tu adalah tarikh saya mendapat petua diet dari seorang pemilik butik di Kuala Lumpur. 2 April, saya mula diet selama 3 bulan. Selepas 3 bulan berat badan saya dari 91 kg turun kepada 70kg. pinggang turun menjadi 30 inci. Saya sendiri tidak percaya. Time puasa badan turun lagi sampai 65kg n ukurun pinggang jadi 29 inci. Marah emak ayah di kg kerana terlalu kurus. Orang rumah pun terkejut pinggang saya 29 inci sedangkan pinggangnya 30 inci. Dek kerana berat badan ideal saya 68 kg sesuai dengan tinggi maka saya up berat saya dalam 67-68kg sekarang ni dengan ukuran pinggang 30 inci.

Da kurus ni apa lagi melaram dengan baju baru ikut suka kita. Butik Padini dan G2000 jadi pilihan. Duit pulak banyak keluar kerana berabis beli baju baru. Cuma sekarang ni kena menten berat ideal sbb saya tak sanggup gemuk balik. Ubat darah tinggi pun dan 6 bulan tak ambik atas nasihat doktor. Bagi teman yang baru nak belajar diet, amalkan diet yang sihat.

Baru-baru ni saya ke Kuala Lumpur n berjumpa dengan rakan yang bagi petua tuk diet. Rakan 2 pun terkejut beruk tengok saya. Dia diet 3 bulan turun 12kg, saya pula lebih 20kg!

Sarat Rindu Tahun 2011

Asalamualaikum buat semua teman....

Kalau tidak kerana bulan
tidak bintang terbit pagi
kalau tidak kerana tuan puan
tidak hamba pening begini

Sepuluh bulan menyepi bukan kerana tak cinta dengan Aryani Antik tetapi hamba terlupa passwood kerana kesibukan tugas. Alhamdulillah terjumpa kawan yang tolong buatkan blog ni akhirnya hamba dapat semula passwood. Lucu ada pelik pun ada.

Sepanjang menyepi ni tak bermakna saya tak minat lagi dengan barang antik. Minat tak pernah surut tapi masa sering cemburu dengan kita. Kebetulan cuti seminggu, ambik peluang tahun baru cina ni pulang kampung tuk bersihkan laman dan rumah. Selepas raya tahun lalu saya tak sempat nak susun atur atau ubah suai kedudukan perabot. Ada masa ni barulah sempatlah saya lakukan.

Tahun lalu saya tak ada beli barang antik lagi sebab yang kat rumah pun dah sarat apa lagi orang rumah asyik mengomel rumah dah semak katanya. Saya diam aje kerana tau orang rumah suka rumah yang lapang and simple. Masalahnya saya yang gilakan antik........

Kali ni tak sempat nak masukkan gambar barang antik atau sudut rumah kerana kamera tak da n ni pun guna komputer bimbit anak. Insallah ada masa saya akan berceloteh panjang dengan teman-teman kerana bagi saya barang antik ni menyimpan pelbagai cerita dann rahsia untuk kita kongsi bersama...

Blogger Template by Blogcrowds