Salam Ramadhan........

Pejam celik pejam celik, Ramadhan dah menjelma kembali. Usia dah sdemakin meningkat. Kena tingkatkan amalan kita. Cerita pasal ramadhan ni, ini lah masanya untuk kita mengurangkan berat badan selain beribadah. Rasa-rasanya puasa tahun ni macam tak puasa sebab dah biasa berlapar sejak mengamalkan diet makanan seimbang sejak tahun lepas.

Cerita pasal Ramadhan ni, masa yang sibuk bagi kita kerana rumah dan segala isi perabotnya kena dibersihkan. Langsir kena dicuci kalau tak dapat menggantikan dengan yang baru. Langsir di rumah saya dah lima tahun tak berganti dan nampak gaya tahun ni masih lagi memakai langsir yang sama. Sibuk dan tiada masa tuk mencari langsir baru yang sesuai dengan suasana dalam rumah dan match dengan perabot dan gaya hiasan.
Tahun ni juga tiada yang baru untuk diperagakan di ruang tamu. Tahun ni saya tak gilakan antik dah tapi tak bermaksud barang-barang yang sedia ada tak perlu dijaga. Maksud saya memandangkan rumah pun dah sarat dengan antik, kita perlu suai padankan dan ubah kedudukan perabot dan barang-barang pameran saja.

Cuti ujung minggu ni terpaksalah kerja keras membersihkan dan mengilatkan perabot antik. Seronok juga kerana time raya kalau rumah dah kemas dan cantik kita pun bangga jugakan. Rumah kita... kecil ka...besar ka, kita yang tinggal.

Anak-anak yang dulu kecil sekarang dah besar panjang. Anak lelaki sulung dah besar dari bapanya. begitu juga anak perempuan yang lebih tinggi dan besar dari ibunya. Mudah sikitlah nak mintak tolong anak-anak membantu mengemas dan membersihkan rumah.

Seperti biasalah kan, dalam kita sibuk membersih dan mengemaskan susun atur perabut, jangan lupa pula halaman kita di luar kerana halaman yang cantik akan memperindahkan lagi suasana luar rumah kita. Pastikan pokok pokok bunga tumbuh subur, bersih dan kemas juga. Barulah orang kata indah di luar, lebih indah dan memukau di dalam rumah.

Sebenarnya time puasa ni cuaca agak panas dan jarang hujan. Bunga-bunga pun tak berapa cantik daunnya kecuali bunga kertas yang berbunga lebat time panas. Apa pun kita perlu bijak lah dalam memastikan raya kita meriah, rumah kita yang menyambut kedatangan tetamu tetap memukau seperti tahun-tahun yang sebelumnya.

0 Comments:

Post a Comment



Blogger Template by Blogcrowds