buton-buton atau kekisi......

bukan batang sebarang batang

batang disusun membina pagar,

bukan pandang sebarang pandang

mata terpaku dada berdebar.........


Ramai di antara kita menjadikan batang kayu sebagai penghalang sama ada membuat pagar atau adangan bagi mengelakkan sesuatu. Batang kayu berukir dan dibentuk menjadi buton-buton digunakan sebagai kekisi untuk pagar jendela mahupun pagar rumah. Buton-buton atau batang kayu berukir juga boleh dibuat pembahagi ruang atau kekisi anak tangga. Tangga yang menggunakan kayu kekisi ini lebih indah dipandang berbanding yang menggunakan bahan lain.


Saya amat teruja melihat rumah kampung yang menggunakan bahan kayu sepenuhya bagi membuat pagar jendela atau kekisi tangga. Kekisi tangga yang dibentuk bulat dipangghil buton-buton. Ada juga yang membuat kekisi tangga dengan menebuk batang kayu dan mengukir pelbagai bentuk untuk menaikkan seri tangga dan anak tangga. Barisan kekisi berukir menjadikan tangga sebagai titik tumpuan mata yang memandang.


Sewaktu membeli rumah dulu, kekisi tangga rumah yang dibina pemaaju semuanya besi. Lalu sebelum pindah masuk, diganti dengan kekisi ynag baru dari kayu. Kebetulan kawan menjual kekisi kayu berukir dengan harga murah keran orang yang tempah tidak mengambil semua tempahannya. Seronok juga dengan hanya rm11 sebatang dapatlah saya menjadikan tangga makin ranggi.


Istimewanya kekisi tangga tersebut dipasang oleh ayah yang ddatangkan khas dari kampung. Dua hari juga baru siap dipasang kerana jubin yang terlebih dahulu dipasang di tangga amat keras untuk ditebuk.

Hari ini ramai yang lebih suka menggunakan logam untuk mengindahkan tangga mereka. Selain sukar dicari kayu yang cantik harganya pun kian mahal. Apa pun semua terletak ditangan dan poket kita. Kita punya tangga, kita punya suka......

0 Comments:

Post a Comment



Blogger Template by Blogcrowds